Thursday, May 3, 2012

Bahasa Malaysia - Latihan Bahagian C UPSR


 
Bahagian C - Nilai 
Tuliskan lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
                Farah dan Munirah bersahabat baik. Mereka belajar di kelas yang sama. Farah dan Munirah tidak mempunyai perasaan iri hati antara satu sama yang lain. Mereka saling membantu terutama dalam bidang pelajaran. Satu pertandingan pakaian tradisional diadakan di sekolah mereka sempena Minggu Kebudayaan. Farah dan Munirah turut menyertai pertandingan itu.
                Farah memilih untuk memakai baju kebaya manakala Munirah pula memakai pakaian orang Iban. Mereka berdua berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk membuat persembahan pada hari pertandingan. Hari pertandingan telah tiba. Farah dan Munirah telah memperagakan baju tradisional masing-masing di atas pentas. Akhirnya, Farah diumumkan sebagai pemenang tempat pertama. Munirah hanya memenangi hadiah sagu hati. Namun, Munirah tidak putus asa. Dia berazam untuk mencuba lagi pada tahun hadapan. Munirah berasa gembira dengan kejayaan Farah. Dia mengucapkan tahniah atas kejayaan Farah.

Wednesday, May 2, 2012

KARANGAN CATATAN UPSR

KARANGAN CATATAN UPSR


 Pengenalan :


Peta Minda Karangan Catatan UPSR


Tatabahasa UPSR - Kata Bantu

 KATA BANTU
Dengan harapan nota ini dapat membantu murid-murid UPSR dalam mendalami ilmu tatabahasa Bahasa Melayu.

Monday, April 23, 2012

Tafsiran Nilai Murni


Bahagian C (Penulisan UPSR)
Tafsiran Nilai Murni:
1) BAIK HATI

a) Belas kasihan (Bersimpati terhadap kesesusahan orang lain)

b) Bertimbang rasa (Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain apabila membuat sesuatu tindakan)

c) Murah hati (Memberi bantuan secara ikhlas kepada mereka yang memerlukannya)

d) Saling memahami (Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan masing-masing)

e) Saling bermaafan (Sanggup meminta maaf dan memberi kemaafan)

2) BERDIKARI

a) Berupaya bertindak sendiri (Sanggup dan boleh melakukan sesuatu tanpa mengharapkan orang lain)

b) Yakin pada diri sendiri (Percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sanggup mencuba)

3) HEMAH TINGGI

a) Kesopanan (Berbudi bahasa dan beradab dalam pergaulan)

b) Mengakui kesalahan sendiri (Sedia mengaku kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat)

c) Ramah mesra (Sedia bergaul mesra dengan semua orang)


4) HORMAT-MENGHORMATI

a) Ibu bapa (Memuliakan dan mentaati ibu bapa)

b) Ahli keluarga, orang yang lebih tua, guru, rakan, jiran tetangga dan pemimpin (menunjukkan rasa hormat kepada kumpulan tersebut dengan memberi layanan yang baik)

c) Institusi kerajaan dan Negara (Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang-lambang kebesaran negeri)

d) Kepercayaan dan adat resam pelbagai keturunan (Menghormati kepercayaan dan adat resam semua keturunan di Malaysia)

e) Patuh kepada undang-undang negara (Mematuhi undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira di mana seseorang itu berada)

f) Patuh kepada ketepatan masa (Menepati waktu dan menggunakan masa dengan berfaedah)


5) KASIH SAYANG

a) Sayang diri sendiri dan orang lain (Menyayangi diri sendiri dan orang lain)

b) Sayang akan alam sekitar (Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup)

6) KEADILAN

a) Adil (Membuat pertimbangan secara objektif, menyeluruh dan bersesuaian)

b) Saksama (Tidak berat sebelah dalam sesuatu tindakan dan keputusan sama ada dalam memberikan ganjaran atau hukuman)

7) KEBEBASAN

a) Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batas peraturan dan undang-undang yang tersurat dan tersirat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat, negara dan agama


8) KEBERANIAN

a) Berani mencuba (Berani melakukan sesuartu perkara yang baru dan mencabar untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil risiko yang akan dihadapi)

b) Berani kerana benar (Berani mempertahankan sesuatu yang diakui sebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata)


9) KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL

a) Kebersihan diri (Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk hidup sihat)

b) Kebersihan persekitaran (Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapi dan bebas daripada kekotoran dan pencemaran)

c) Kebersihan mental (Pertuturan dan perlakuan yang terpuji yang perlu diamalkan oleh seseorang dalam hubungannya dengan orang lain)


10) KEJUJURAN

a) Amanah (Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain)

b) Bercakap benar (Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung)

c) Ikhlas (Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan)


11) KERAJINAN

a) Daya usaha (Berusaha bersungguh-sungguh dengan inisiatif, kreatif dan inovatif untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti.)

b) Dedikasi (Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah)


12) KERJASAMA

a) Gotong-royong (Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela)

b) Toleransi (Bertolak ansur serta dapat mengawal diri untuk mengelakkan berlakunya perselisihan)

c) Perpaduan (Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa)

13) KESEDERHANAAN

a) Pertuturan dan perlakuan yang sederhana (Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain)

b) Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan kepentingan orang lain (Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya Memuaskan diri sendiri dan orang lain)


14) KESYUKURAN

a) Berterima kasih (Melahirkan perasaan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan dan pemberian)


15) PATRIOTISME

a) Semangat cintakan negara (Mempunyai semangat yang tinggi untuk menjaga keselamatan, nama baik negara)

16) RASIONAL

a) Membuat pertimbangan (Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan)

17) SEMANGAT BERMASYARAKAT

a) Bermuafakat (Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama)

b) Kejiranan (Berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong, dan bekerjasama dengan jiran tetangga)

c) Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat (Menyedari masalah

masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya)


Contoh Karangan Dialog UPSR

Pengenalan
Soalan : Rakan kamu baru sahaja terpilih sebagai Murid Terbaik UPSR. Kamu diminta menemuramah rakan kamu itu tentang kejayaannya untuk dimuatkan ke dalam majalah sekolah. Tulis temu ramah kamu itu selengkapnya.


Peta Minda

 

  • Selamat menulis karangan berpandukan peta minda yang diberikan. "study smart". Selamat belajar.

Sunday, April 22, 2012

CONTOH KARANGAN LAPORAN UPSR

Soalan : Kamu telah menyertai lawatan sambil belajr ke sebuah kilang di tempat kamu. Tuliskan satu laporan tentang lawatan kamu itu.

Peta Minda

  

Contoh Karangan Laporan :


Selamat belajar dan mengulangkaji pelajaran.

Thursday, April 19, 2012

Baju Korporat Kokurikulum

Baju Korporat Unit Kokurikulum Sekolah-sekolah di Malaysia




Cantik pula melihatkan baju-baju korporat ini, macam berminat sangat untuk memilikinya. Jadi atas usaha itu dan untuk menjimatkan kos kerana lebih banyak tempahan lebih murah harganya, aku menjadi macam ejen jualan pula. Buat borang tempahan segala.Alamak... kenapa aku menjadi terlebih rajin nih. Harap sesgt ramai yg akan menempah kerana melihatkan daripada harganya agak berpatutan jugak. Aku berminat dengan warna pink lembut itu.Borang dah dibuat, tunggu nak diedarkan sahaja.

Wednesday, April 18, 2012

Pemantauan oh Pemantauan!


Hari ini begitu terasa kepenatannya. Dengan pemantauannya lagi, dan dengan kokurikulum lagi. memang menuntut kesabaran yang tinggi.